Sunday, September 6, 2009

masak2 bsama ilham d hari raye 2

Biskut Amor Aiskrim Bahan-Bahan: 250g butter 100g gula 30g shortening 240g tepung gandum 50g tepung jagung 30g tepung kentang 40g tepung kastad ½ sudu teh baking powder sedikit esen mangga/vanila Hiasan: coklat masak manik bintang telur kuning Cara: 1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang. 2. Masukkan shortening dan esen mangga/vanilla. Kacau serata. 3. Campurkan semua tepung dan baking powder. 4. Masukkan campuran semua tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit. 5. Jika adunan tadi lembik, masukkan sedikit tepung jagung,jangan guna tepung gandum kerana ia akan membuatkan biskut tidak ragup 6. Uli tepung sehingga menjadi doh dan boleh dicanai. 7. setelah dicanai, guna kayu roll yang berjalur untuk membuat jalur-jalur diatas doh yang telah dicanai. 8. Tekap doh yang berjalur dengan acuan berbentuk ais krim. kemudian sapu kuning telur sebelum dibakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak. 8. Setelah biskut masak, hiaskan biskut dengan coklat masak yang telah dimasak secara double boiller. 9. Akhir sekali susunkan manik bintang diatas coklat tadi dan biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Cadangan Hidangan: Boleh dihidangkan untuk jamuan dan minum petang.

No comments:

Post a Comment